Showing posts with label Komentar. Show all posts
Showing posts with label Komentar. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Inikah Yang Kita Inginkan?

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina - Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan

EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
“Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020,” petik laporan itu. Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan – demikian menurut sumber berita. Petikan sumber dari
www.malaysiakini.com.my; www.bharian.com.my;

Apakah tidak ada sumber lain untuk kita memacu ekonomi negara? Tidak cukupkan masalah sosial negara yang berada dalam tahap kritikal sekarang seperti bertambahnya gejala kelahiran anak luar nikah, pembuangan anak, hubungan songsang dan sebagainya. Apa yang dapat ditafsirkan ialah kerajaaan mahu menjadikan golongan muda-mudi lalai dengan hiburan dan lupa dengan dunia akhirat. Sejauh manakah pengawalan boleh dilaksanakan sedangkan dalam keadaan sekarang pun kerajaan tidak mengawal lambakan hiburan yang melalaikan, pergaulan bebas dan minuman arak yang tidak terbatas dengan kekuatan penguatkuasaan yang sama dengan nisbah pengunjung serta tidak berkala. Negara maju beginikah yang diimpikan oleh 1Malaysia serta rakyat sekelian? Apakah pasti bahawa lambakan hiburan ini hanya untuk pelancong asing sahaja?

Antara tanda-tanda Hari Kiamat ialah Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem, Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi dan Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta

Ingatlah amaran Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud,”(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras siksaNya.” (Al-Anfal: 52)

FirmanNya lagi, ”Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).” (Al-Isra: 58)

Manusia jika tidak berpegang kepada tali agama keputusan mereka hanya berlandaskan akal fikiran dan hawa nafsu semata-mata tanpa menghubungkan tindakan mereka dengan Allah dan balasan hari akhirat. Dukacita dan rasa simpati kepada ulama-ulama muda UMNO yang telah meletakkan diri mereka kepada kebinasaan dan fitnah dunia yang amat besar.

Thursday, October 21, 2010

Membangun Bersama Islam: Kelantan Menerajui Perubahan - Siri 2


Oleh: Wan Nik Wan Yussof dan Mazlan Jusoh

Sesungguhnya, berkat usaha gigih dan komitmen tinggi pemimpin PAS dan Tok Guru Nik Aziz sepanjang berhadapan kekalahan sejak 1978 telah membuahkan hasil. Rakyat mula memberi perhatian kepada apa yang disampaikan oleh PAS. Sebahagian timbul kesedaran untuk bersama perjuangan Islam yang dibawa PAS. Tok Guru Nik Aziz dan beberapa ulama’ serta pemimpin PAS sering diundang menyampai kuliah dan ceramah ke segenap Dun dan Parlimen di Kelantan. Sehinggalah PAS mendapat sokongan padu golongan rakyat semasa pilihan raya umum 1990. PAS mencapai kemenangan mutlak bersama-sama dengan Angkatan Perpaduan Ummah. Mandat daripada kemenangan mutlak itu, menjadi kekuatan bagi parti PAS menerapkan dasar perjuangannya di dalam pentadbiran negeri. Justeru dasar Membangun Bersama Islam dijadikan pakaian rasmi di dalam mentadbir kerajaan negeri. Inti pati kepada dasar pentadbiran ini adalah amar maaruf nahi munkar yang berpaksikan ketakwaan kepada Allah. Oleh itu, rekod kemenangan PAS dan kejayaan memerintah Negeri Kelantan penuh berliku, dan liku-liku itulah yang telah mencorak senario politik rakyat Kelantan sehingga dua dekad ini rakyat kekal memberi mandat kepada PAS.

Dua dekad Membangun Bersama Islam: 1990–2010

Pada 21 Oktober PAS setelah dua dekad di bawah kepemimpinan ulama’ didapati Kelantan yang dipacu oleh asas-asas keagamaan terus maju ke hadapan. Sejak 20 tahun lalu, perubahan ketara boleh dilihat, biar pun Umno masih mendakwa Negeri Kelantan dalam kemunduran, miskin dan tidak membangun. Namun, mata memandang sedia menjadi saksi bila mana susuk pembangunan berlaku di setiap pelosok negeri. Malah penyaksian itu turut merakamkan selama dua dekad ini, Negeri Kelantan menerajui perubahan dan mendahului di dalam beberapa aspek pembangunan.

Kerajaan BN tinggal hutang

Namun, di sebalik liku-liku itu ramai yang tidak tahu hakikat kemenangan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. Misalnya, tatkala kemenangan berlaku kerajaan PAS yang mengambil alih tampuk pentadbiran turut mewarisi hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN terdahulu berjumlah RM760 juta. Hutang tersebut menjadi beban kepada rakyat dan kerajaan negeri untuk dilunaskan. Sehingga 2006 hutang tersebut mengecil kepada RM635 juta. Sehingga kini, beban hutang itu terus dibayar.

Apa pun, berkat pentadbiran negeri yang berteraskan Islam, keberkatan dan rezeki itu tetap disanadarkan kepada ketentuan Allah SWT. Meskipun beban hutang tertunggak sebanyak itu, ia tidak mematikan ikhtiar untuk menambahkan punca hasil baru. Sejak Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman (semasa menjawat Timbalan Menteri Besar) dan kini ahli Exco, Dato’ Husam Musa sebagai perancang kewangan, ia dilihat berjaya menguruskan kewangan negeri bersama-sama Pegawai Kewangan telah melaksanakan tadbir urus terbaik. Tunggakan cukai dan kutipan hasil dapat dipertingkatkan, di samping seni pengurusan kewangan yang berhemat terus dihayati. Hasilnya upaya kewangan negeri mampu membiayai semua peningkatan kos pentadbiran ekoran kenaikan harga minyak. Malah setiap kali pihak Kerajaan Pusat mengumumkan pembayaran bonus, maka tiadalah ketinggalan pihak Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz turut mengumumkan pembayaran bonus kepada semua pegawai dan kakitangan awam negeri.

Berdasarkan realiti kewangan sedemikian, ia telah dibuktikan oleh kajian Abd. Rahim Anuar dan Azizah Mohd Yusof dari Universiti Utara Malaysia (2001) bahawa kesan pelaksanaan Membangun Bersama Islam terhadap hasil Negeri didapati telah memberikan kesan positif kepada hasil Negeri––hasil Negeri meningkat.

Kerajaan Pusat kontra federalisme

Konsep federalisme membelah kerajaan di Malaysia kepada dua entiti kuasa iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Pembahagian itu ditentukan berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apa pun dalam konteks amalan serta kesannya kepada keutuhan Kerajaan Negeri Kelantan, didapati Kerajaan Pusat sedia melaksanakan tindakan-tindakan kontra dengan hukum federalsime yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Paling ketara tindakan itu adalah ketidakpatuhan amalan kewangan dan menafikan kuasa-kuasa Kerajaan Negeri mengurus projek yang disalurkan oleh kementerian di bawah Kerajaan Pusat. Ia menyimpang daripada amalan good governance dalam prinsip birokrasi yang demokratik!
Berpandukan perlembagaan tersebut Kerajaan Negeri diberi kuasa berkaitan hal ehwal agama, tanah di samping pertanian dan perhutanan. Kuasa pusat pula lebih dominan merangkumi hubungan luar, pertahanan, keselamatan, pentadbiran, keadilan, kewangan, perdagangan, perhubungan, pengangkutan dan banyak lagi. Manakala bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam senarai di atas diletak di bawah Senarai Bersama. Kuasanya meliputi kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan hidupan liar, kebudayaan, sukan, perumahan dan perlembagaan persekutuan.

Bagaimanapun dalam amalan rule of law (berperlembagaan) kerajaan pusat melakukan tindakan over rule. Contohnya kewujudan Putrajaya di Prang Besar, Selangor tanpa mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja dan Dewan Undangan Negeri Selangor. Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof (1995) menyifatkan tindakan tersebut sebagai quasi-federal, iaitu tidak menepati kehendak federalisme.

Sebenarnya bukan sekadar kes Perang Besar yang mencerminkan tindakan over rule kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap negeri, malah banyak lagi kes lain. Antaranya turut melibatkan hubungan Pusat dengan Kelantan. Contoh yang berada di hadapan kita sekarang iaitu pencabulan perjanjian penyerahan hak cari gali petroleum Kelantan kepada Petronas pada 1975 yang jelas tidak mematuhi Akta Pembangunan Petroleum. Kerajaan Pusat telah mengkhianati perjanjian setelah tidak membayar bayaran wang tunai (royalti) hasil cari gali itu kepada kerajaan Kelantan.

Lihat afidavit Tun Abdul Rahman Yakub dalam kes kerajaan Terengganu lawan Petronas dan kerajaan Malaysia pada 2001. Kerajaan Pusat secara terang-terangan telah melakukan over rule.
Namun, anehnya beberapa pemimpin Pusat dari Kelantan (pemimpin parti Umno) seperti Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan Dato’ Dr Awang Adek Hussin menafi berkali-kali perairan negeri Kelantan ada menghasilkan minyak. Mereka menegak hujah seumpama menegak benang basah, dengan menukar hak royalti kepada wang ihsan. Lalu mendakwa wang ihsan diberi atas nasihat Peguam Negara.

Biar pun banyak kemucup politik melekat di kaki, Kelantan tetap melangkah jauh ke hadapan. Malangnya ketika langkah semakin deras, masih ada lagi pemimpin Umno menganggap PAS gagal mentadbir Kelantan sepanjang 20 tahun ini.

Imbas sejenak tahun 1990

Menjelang pilihan raya umum ke-8, Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) berjaya dibentuk. Kemudian PAS telah menjalin kerjasama dengan Angkatan. Angkatan pula mengandungi kerjasama tiga parti, iaitu Semangat 46, Berjasa dan Hamim. Semuanya adalah akibat pergolakan dalaman Umno pada 1987 menjadi detik permulaan sehingga lahirnya Semangat 46. Pertembungan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh merebut jawatan presiden Umno ketika itu membawa Umno yang ditubuh pada 1946 diharamkan Mahkamah Tinggi. Dr Mahathir kemudiannya menghidupkan Umno Baru, manakala Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46. Ini bermakna Umno yang ditubuh Dato’ Onn Jaffar pada 1946 sudah tidak wujud lagi. Umno yang ada hari ini ialah Umno Baru dipelopori Dr Mahathir.

Hasil kerjasama erat PAS bersama Angkatan, menyaksikan pilihan raya umum 21 Oktober 1990, kekalahan teruk BN dan terpaksa meninggalkan pejabat pentadbiran yang dirampas melalui MAGERAN pada 1978. Ketika itu PAS bertanding di 24 Dun dan enam parlimen, Semangat 46 bertanding 13 Dun serta tujuh kerusi parlimen. Manakala Berjasa dan Hamim masing-masing bertanding di satu kerusi Dun.

Maka pada tanggal 21 Oktober 1990 mencatatkan sejarah baru di Malaysia, apabila Umno gagal memenangi sebarang kerusi di Kelantan. Ia suatu sejarah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara. Angka keramat dengan agregat 39-0 (Dun) dan 13-0 (parlimen) menjadi saksi penerimaan terhadap PAS dan penolakan Umno oleh rakyat ketika itu. Bermula dari detik 1990 itu, kerajaan BN bertunjangkan parti Umno yang selama 12 tahun 7 bulan berkuasa di Kelantan akhirnya roboh. Dua hari selepas 21 Oktober, majlis angkat sumpah pembentukan kerajaan Angkatan diadakan. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Dun Semut Api) sebagai Menteri Besar, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (Dun Banggol) dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar I dan Rozali Isohak (Dun Dabong) dari parti Semangat 46 sebagai Timbalan Menteri Besar II. Di ikuti dengan saf ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco), iaitu tiga Adun dari PAS––Ustaz Yahya Othman (Dun Banggol Judah), Ustaz Idris Ahmad (Dun Tawang) dan Dato’ Halim Mohamad (Dun Bunut Payong), dari parti Semangat 46 pula Zianon Abdin Ali (Dun Panglima Bayu) dan Daud Jaafar (Dun Jelawat) dan Dato’ Wan Hashim Wan Ahmad (Dun Padang Garong) dari parti Berjasa turut dilantik sebagai Exco.

Adun Semangat 46 keluar parti

Biar pun rumah tangga Angkatan utuh, namun cabaran dan mehnah politik dan pentadbiran tidak dapat dielak. Semangat 46 mulai dilanda masalah dalaman apabila dua Adunnya, Nordin Salleh (Sungai Pinang) dan Wan Mohamad Najib Wan Mohamad (Limbongan) melompat parti. Kedua-dua Adun terbabit mendapat sokongan Setiausaha Perhubungan Semangat 46, Kassim Mohamad dan Ketua Penerangan, Yaakub Mohamad bagi menentang kepemimpinan Tengku Razaleigh. Ekoran tindakan mereka, persidangan Dun pada 25 April 1991 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri bagi menggugurkan mana-mana Adun yang melompat parti.

Pada 3 Julai 1991 Speaker Dun mengisytiharkan kedua-dua kerusi terbabit kosong kerana melanggar perlembagaan negeri. Ekoran itu pada 24 Ogos 1991 pilihan raya kecil diadakan di Sungai Pinang dan Limbongan. Keputusan pilihan raya kecil berpihak kepada calon Semangat 46. Sungai Pinang diwakili Mahmud Yaakub dan Limbongan pula Samat Mamat. Bagaimanapun Umno telah mencabar pindaan perlembagaan negeri ke Mahkamah Tinggi. Pada 8 November 1991 Mahkamah Tinggi memutuskan pindaan tersebut sebagai tidak sah. Kemudian pada 22 Januari 1992 Mahkamah Tinggi juga memutuskan pengisytiharan kekosongan kerusi Dun Sungai Pinang dan Limbongan sebagai tidak sah. Kes tersebut akhirnya dibawa Mahkamah Agung. Pada persidangan mahkamah tertinggi terbabit tanggal 3 April 1992 telah memihak kepada Umno. Nordin dan Wan Najib mendapat semula kedudukan sebagai Adun. Keputusan mahkamah tersebut menyebabkan rakyat Kelantan menggelarkan mereka sebagai wakil mahkamah dan bukannya wakil dipilih rakyat.

Kerajaan Negeri sekali lagi berdepan dengan ujian pilihan raya kecil berikutan kematian Adun PAS di kawasan Dun Lundang, Ustaz Mawardi Ahmad. Pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mac 1994. PAS diwakili Ustaz Mohamad Daud Iraqi. Keputusannya berpihak kepada calon PAS dan sekali gus membuktikan sokongan rakyat terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri tetap utuh.Apa yang menariknya pada pilihan raya kecil Lundang itu, tok Guru Nik Aziz bertindakan secara berstrategi dengan mengungkap kata-kata ‘tak dok sebab demo nak lawe kawe’ di samping melancarkan perang psikologi melalui ungkapan ‘beri kain pakai, beri gula kacau, bila undi, undi bule’ sehingga menyebabkan jentera kempen BN terperangkap dan gagal melaksanakan pendekatan kempen kebendaan.

Membangun Bersama Islam: Kelantan Menerajui Perubahan - Siri 1


Oleh:Wan Nik Wan Yussof dan Mazlan Jusoh

KELANTAN terkenal dengan penduduknya orang beragama. Buktinya gelaran Serambi Mekah dinukil orang sejak dari dahulu sehingga sekarang. Kelantan juga sinonim dengan gelaran Negeri Tadahan Wahyu. Dikenali juga dengan panggilan Tanah Serendah Sekebun Bunga atau negeri berbudaya. Penduduknya 95 peratus beragama Islam. Jumlah penduduknya sekarang melebihi 1.5 juta orang.

Ini sesuai dengan Firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan) kemurahan Allah) terdapat di tempat tinggal mereka iaitu: dua kebun (yang luas lagi subur) yang lertetak di sebelah kanan dan kiri (kariah mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang amat Pengampun” (Al-Quran, Surah Saba’: 15).

Justeru William R. Roff (1974) pula mengiktiraf Kelantan sebagai: “The Islamic State of Kelantan, in the north-east corner of mainland Malaysia bordering southern Thailand, has existed as a locus of power in the peninsular for the least a thousand years.”Prof. Ismail Hussein (1989) mencatat di Kelantan sudah lama tumbuh suatu penghidupan keintelektual dan kesusasteraan yang sama suburnya, yang sedikit diketahui orang hari ini.Di sebalik kenyataan tersebut, ternyata Kelantan merupakan negri yang unik, terutama dari segi wajah kuasa rakyat dan kehidupan budaya politiknya. Maksudnya, Negeri Kelantan sejak sebelum merdeka melalui proses sejarah yang pernah dinaungi kuasa Siam (sebelum 1909) dan selepas itu dinaungi (melalui perjanjian Bangkok) oleh penjajah Inggeris sehinggalah merdeka. Namun menjelang merdeka berlaku pilihan raya Persekutuan 1955 kuasa politik rakyat telah memberi mandate kepqada Umno menang di Kelantan. Tetapi pada pilihan raya pertama 1959 (selepas meredeka) berlaku pula perubahan mandat rakyat Kelantan apabila parti PAS dipilih mengetuai kuasa politik negeri. Mandat kuasa kepada parti PAS berlaku sehinggalah tercetus ‘politik darurat’ 1977 yang menyaksikan mandat kuasa rakyat beralih kepada Umno tahun 1978. Perubahan mandat kali ketiga itu berlangsung sehingga 1990, dan Umno berdepan dengan kemerosotan populariti kerana pada pilihan raya umum ke-8 21 Oktober 1990, rakyat sudah beralih sokongan dan menyaksikan parti PAS sekali lagi mendapat mandat mentadbir negeri untuk kali kedua. Mandat kuasa rakyat itu berlangsung kini dan tatkala 21 Oktober 2010 adalah ulang tahun ke-20 pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah dominasi dasar Membangun Bersama Islam. Suatu tempoh yang menciptakan kejayaan Negeri Kelantan menerajui perubahan dari segi kuasa dan politik rakyat yang berteraskan cara hidup Islam.

PEMBENTUKAN KERAJAAN 1959 - 1978

Bermula pilihan raya 1959, PAS mendominasi kuasa politik di Kelantan. Sebelum itu, Umno menenangi pilihan raya Persekutuan atas sentimen rakyat inginkan kemerdekaan. Justeru sokongan adalah semata-mata menyokong usaha merdeka yang turut dipersetujui semua parti-parti politik termasuk PAS. Namun, sleerqa rakyat Kelantan kepada Umno berubah kerana parti itu tidak serasi dengan jiwa beragama rakyat Kelantan. Maka parti PAS yang memperjuangkan dasar politik Islam menjadi pilihan dalam pilihan raya 1959.Mulai 1959 PAS mentadbir kerajaan Negeri Kelantan. Ia berlangsung selama 12 tahun. Dalam tempoh itu, berlaku liku-liku cabaran kuasa rakyat dan politik Kelantan. Parti PAS di Kelantan secara eksklusifnya merupakan parti yang sentiasa di hati rakyat. Maka dalam era dominasi kuasa (sejak 1959-1978) parti PAS boleh disifatkan melalui suatu tempoh pembentukan pentadbiran memimpin politik rakyat Kelantan yang berjaya mencetuskan sejarah tersendiri di sisi rakyat Kelantan. Dalam tempoh itu, menyaksikan Umno sukar diterima rakyat di Negeri Serambi Mekah yang terkenal sebagai pusat penyebaran Islam yang subur di Nusantara selepas Acheh.

Membina harapan rakyat

Di atas sokongan rakyat itu, parti PAS yang mentadbir negeri tetap membina harapan rakyat dengan pelbagai usaha pembangunan yang meliputi fizikal, sikap dan rohani rakyat. Justeru dari aspek fizikal, dalam tempoh 10 tahun PAS memerintah Kelantan sejak 1959 sebanyak 7,620 keluarga penduduk miskin dianugerah tanah. Seluas 78,170 ekar diberi kepada mereka sebagai penempatan baru di Hulu Kelantan.Hari ini pembangunan tanah di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan (LKTN) telah membuahkan hasilnya. Ramai peneroka di rancangan tanah LTKN berubah taraf hidup. Terdapat sebanyak 27 rancangan tanah dikendalikan di bawah LKTN.Lihat apa yang berlaku di Sungai PAS, Mengkebang, Chuchuh Puteri, Sungai Sok dan Sungai Syam di Kuala Krai, Air Lanas di Jeli, Kemahang 1, Tanah Merah serta Sungai Terah di Gua Musang sekarang.Penduduk yang pernah bergelar sebagai peneroka kini sudah jauh berubah. Hutan belantara sudah menjadi perkampungan tersusun. Pokok getah dan kelapa sawit subur menghijau melimpah rezeki kepada mereka.Sedangkan sebelum wujud LKTN, kawasan berkenaan merupakan hutan belantara. Namun, hasil idea dicetus kerajaan PAS, kawasan hutan sekarang sudah bertukar menjadi kampung dan pekan.Apa yang lebih penting setiap peneroka memiliki geran tanah tanpa perlu membayar hutang kepada agensi kerajaan seperti Felda atau Kesedar. Penduduk tidak perlu risau tentang hutang tanam semula seperti dialami rakan mereka di tanah rancangan milik Kesedar atau Felda.

Pembangunan berjalan lancar

Biar pun sumber kewangan kerajaan negeri agak terhad, namun pembanguan tetap berjalan lancar. Kerajaan Negeri pimpinan PAS mampu membina jambatan Sultan Yahya Petra, Stadium Sultan Mohammad Ke- IV dan Rancangan Tali Air Kemubu.Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra dimulakan pada 1963 melibatkan perbelanjaan awal sebanyak RM2.86 juta. Selepas siap sepenuhnya pada 1965 jumlah keseluruhan kos meningkat kepada RM6.7 juta.Ketika pembinaan dijalankan Umno mendakwa jambatan itu tidak mampu disiapkan tanpa bantuan kerajaan pusat.Malah pada kempen pilihan raya 1964 ada pemimpin Umno memberitahu mereka akan berbogel di atas jambatan itu kalau berjaya disiapkan kerajaan PAS.Sehingga sekarang janji politik itu tidak ditunaikan pemimpin Umno.Jawatankuasa pembinaan jambatan dipengerusi Menteri Besar, Dato’ Asri Muda (Tan Sri).Manakala Stadium Sultan Mohammad Ke IV dibina di kawasan seluas 13 ekar melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta.Rancangan Tali Air Kemubu pula dibina bagi faedah pesawah padi di kawasan seluas 51,000 ekar meliputi jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok.Projek itu mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan kos sebanyak RM45 juta. Dana bagi menyiapkan projek berkenaan dipinjam dari Bank Dunia.Pegawai Kewangan Negeri ketika itu, Dato’ Abdul Aziz berlepas ke Washington, Amerika Syarikat bagi melobi pinjaman tersebut untuk membiayai pembinaan tali air.Projek tali air sepanjang 500 batu akhirnya berjaya disiapkan dengan kos melonjat sehingga RM75 juta.ni antara projek besar dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan. Tidak ramai yang tahu sejarah itu kerana Umno sering mendabik dada merekalah yang membina Kota Darulnaim dan kompleks Balai Islam di Lundang dan Pasar Siti Khatijah.

Awan mendung––politik darurat

Namun, cerah di langit tidak selama-lamanya. Awan mendung bermula selepas jasa perpaduan akibat 13 Mei 1969 mewujudkan Kerajaan Campuran 1971 dan kemudiannya membawa kepada penyertaan PAS dalam BN 1974. Seketika gelora kuasa rakyat digoda dengan ujian tegar dan parti PAS berdepan dengan kemelut kepimpinan. Berlakunya kekeliruan dalaman parti PAS yang memaksa usul undi tidak percaya dan usaha menyingkir Dato’ Mohamad Nasir dari kerusi Menteri Besar Kelantan. Ia kerana terserlah sikap dan tindakan politik menteri besar itu sehingga dianggap sebagai boneka Umno.Lalu berlaku ’politik darurat’ dan tapak kuasa rakyat sudah goyah bersama PAS berikutan Kerajaan BN yang menguasai Pusat menguatkuasakan perintah darurat melalui Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di Kelantan. Diikuti suatu pilihan nraya khas mac 1978 menyaksikan peralihan kuasa kepad Umno dengan bantuan kuasa MAGERAN. Justeru kuasa rakyat yang membolehkan pembinaan kerajaan oleh parti PAS (1959-1978) tetap melakar sejarah unik politik Kelantan.

1978 – 1990: PEMBINAAN PENGARUH DI KALANGAN RAKYAT

Bagi generasi lama tentunya masih segara dalam ingatan, kerana belum pudar mengenangkan nasib menimpa PAS selepas kehilangan kuasa pada 1978. Timbul persoalan, bagaimana untuk mencerahkan semula langit Kelantan agar rakyat yang sedia beragama terus subur nilai-nilai keagamaannya. Justeru itu, komitmen parti PAS selepas kalah 1978 ialah menyuburkan semula siraman wahyu negeri kelantan dengan pengajuran kulaih-kuliah agama dan majlis-majlis ilmu. Ia telah menyemarakkan kepudaran kesan politik darurat.Ramai tidak lupa setelah PAS kecundang, ahli parlimen Pengkalan Chepa ketika itu, Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekian lama menyampaikan kuliah agama di Masjid Muhammadi telah dihalang berkuliah. Ketagih rakyat terhadap majlis-majlis ilmu tiba-tiba terhalang. Maka mengambil kira halangan kuasa yang dimiliki Umno dan Barisan Nasional (BN), Dewan Ulamak PAS Kelantan memutuskan kuliah agama perlu diteruskan di lokasi lain. Pilihan yang ada di Dewan Prof Zulkifli Muhamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.Sambutannya semakin hangat dan ketokohan Ustaz Nik Abdul Aziz (Ustaz Nik Aziz) mula terserlah.

Beliau sebagai seorang ulama muda yang sendat dengan ilmu agama di dada berupaya menarik ramai peminat. Anak-anak murid yang sudah serasi turut sama berpindah ke Dewan Zulkifli Muhamad bagi mengikuti kuliah agama Ustaz Nik Aziz.Kedudukan pejabat Perhubungan PAS Kelantan di tengah-tengah bandar Kota Bharu, di Jalan Dato’ Pati tiba-tiba menjadi tumpuan ramai. Penduduk datang dari pelbagai tempat. Ada yang datang dari jauh dan dekat. Mereka tidak jemu mengelek kitab bagi memasak lagi ilmu agama di dada.Kerajaan BN ketika itu diketuai Dato’ Mohamad Yaakub, seorang pemimpin Umno lulusan dalam bidang undang-undang. Kerajaan BN dibentuk selepas PAS tinggal dua kerusi di Dewan Undangan Negeri (Dun). PAS ketika itu diwakili Wan Abdullah Wan Su di Dun Manek Urai dan Nik Abdullah Arshad di Dun Sering.Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, PAS tidak pernah merasa gundah dengan kekalahan yang menimpa. Ia tidak lebih sebagai satu cabaran bagi meningkatkan lagi jati diri perjuangan.Bermula dari situlah sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Aziz menggerakkan tenaga ulama’ dan ustaz-ustaz melalui kuliah-kuliah agama ke seluruh Kelantan. Beliau sendiri begitu istiqamah mengajar kitab di masjidnya sendiri di Pulau Melaka. Selari dengan itu, premis-premis milik PAS diguna dan dipopularkan sebagai markaz tarbiah, iaitu sebagai pusat pengembangan ilmu. Sementara di Dewan Zulkifli Muhamad, Bangunan PAS Negeri diperkenalkan kuliah lima minit setiap kali lepas solat zohor. Sejak itu, siri kuliah Jumaat dan kuliah Maghrib mula mendapat sambutan.Menyokong kepada usaha pendidikan (kuliah-kuliah) agama kepada rakyat, pihak Jawatankuasa Penerangan PAS juga menggerakkan tenaga penerangan menjalankan kempen dan ceramah isu semasa serta gerak gempur penerangan. Antara tenaga penting termasuklah (Dato’) Haji Omar Mohamad, Haji Mustapha Ibrahim dan haji Buniyamin Yaakob. Di samping Ustaz Nik Aziz sendiri yang siang dan malam bekerja, tanpa rasa jemu dan penat menyebarkan perjuangan Islam.

Seterusnya ketokohan Ustaz Nik Aziz mulai terserlah sebagai seorang ulama’ muda yang disegani kawan dan lawan. Sifat warak dan kealimannya menambahkan lagi tarikan ribuan ’murid’ pelbagai lapisan generasi yang cintakan ilmu agama hadir belajar (menadah) kitab di masjidnya di Pulau Melaka dan di Dewan Zulkifli. Maka tidak hairanlah ramai orang mula memanggilnya sebagai tok guru, selaras dengan keilmuan dan sifat warak yang ada pada dirinya.Bermula dari situlah panggilannya bertukar daripada ‘ustaz’ kepada ‘tok guru.’ Gelaran itu bukan beliau yanng meminta, sebaliknya ia suatu pengiktirafan sosial daripada orang ramai yang senang memanggilnya begitu. Lebih-lebih lagi sering timbul cerita-cerita ‘kelebihan’ Tok Guru Nik Aziz yang dikaitkan dengan kejadian bersifat ‘karomah’ yang jarang berlaku atas tok-tok guru lain.Pernah suatu ketika Hai Omar dan Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood melihat dalam kereta dipandu Tok Guru Nik Aziz penuh dengan penumpang. Selanjutnya Haji Omar menceritakan: “Saya mengekori kereta ‘tok guru’ yang baru selesai berceramah di Mata Air, Pulai Chondong.“Saya lihat keretanya ‘sengek’ dan kelihatan ramai orang di dalam. Kemudian keesokan harinya saya bertanya apa yang dilihatnya malam tadi.“Tok Guru Nik Aziz mengakui bahawa dia seorang diri sahaja memandu pada malam tadi ketika pulang dari ceramah. Mendengar jawapan itu, saya dan Ustaz Wan Jamil mengucap panjang,” kata Haji Omar.Sesungguhnya banyak peristiwa aneh berlaku melibatkan Tok Guru Nik Aziz sepanjang beliau menjalankan tugas sebagai penceramah mahupun pengkuliah. Tambahan pula, setiap hari Jumaat beliau akan hadir solat Jumaat di serata masjid dan acap kali dijemput berkhutbah. Caranya begitu telah menambahkan lagi perhatian orang ramai terhadap ketokohannya.

Monday, October 18, 2010

Bermohonlah Kepada Allah

Firman Allah Taala yang bermaksud,”Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)

Firman Allah Taala lagi,”Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Al-A’raaf: 55)

Manusia akan sentiasa diuji oleh Allah Taala untuk melihat siapakah dikalangan hamba-hambaNya yang sabar dan lebih dekat kepadaNya. Manusia tidak boleh menyatakan bahawa mereka tidak dapat tahan lagi dengan ujian Allah kerana ia akan bermakna manusia itu sudah putus asa dengan rahmat Allah Taala sedangkan Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya. Sebagai hamba Allah, manusia hendaklah sentiasa istiqamah berdoa kepada Allah Taala dan sentiasa berharap daripada Allah Taala. Sabar merupakan sebahagian daripada Iman dan seberat-berat amalan hati. Tanpa kesabaran manusia tidak akan dapat menghadapi segala dugaan dan ujian daripada Allah Taala. Dengan kesabaran manusia akan menjadi tenang dan tenteram serta redha dengan ujian daripada Allah Taala.

Firman Allah Taala yang bermaksud,”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)

Dan Firman Allah lagi yang bermaksud,”Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)

Allah yang Maha Pencipta amat mengetahui akan kelemahan manusia dan apa yang diperlukan oleh manusia. Manusia hendaklah sentiasa berdoa dan yakin bahawa pertolongan Allah pasti datang samada segera atau lambat kerana hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Manusia hendaklah yakin bahawa dugaan dan musibah itu akan mengajar manusia menjadi lebih dewasa dan menguatkan lagi keimanan dan kesabaran mereka. Apabila manusia penuh yakin dengan pertolongan Allah sebesar mana sekalipun musibah yang menimpa, mereka akan tetap tenang malah semakin dekat dengan Allah Taala. Keyakinan bergantung setebal mana keimanan seseorang hamba itu kepada Allah Taala dan keimanan itu bukan hanya dengan pengucapan dibibir sahaja tetapi keyakinan dihati serta dizahirkan dengan amalan dan perbuatan.

Kebanyakan daripada manusia berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah Taala tetapi dalam masa yang sama hati mereka tidak yakin apakah doa mereka akan dimakbul oleh Allah Taala. Perasaan was-was ini adalah tanda-tanda bahawa keimanan mereka masih belum sempurna lagi dan menjadi kufur kepada Allah Taala kerana hati mereka tidak yakin dengan Kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa yang boleh menentukan segala-galanya.

Firman Allah Taala yang bermaksud,”Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya,”Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.” (Yasin: 82)

Friday, September 17, 2010

Sultan Kelantan ke-19


Sabda Nabi Muhammad S.A.W,
خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم وتصلون عليهم ويصلون عليكم , وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم , قيل يا رسول الله , أفلا ننابذهم عند ذلك؟ قال : لا , ما أقاموا فيكم الصلاة , لا ما أقاموا فيكم الصلاة , ألا من ولي عليه وال , فرآه يأتي شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا ينزعن يدا من طاعة
Maksudnya : “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah orang yang kamu kasihkan kepada mereka dan mereka mengasihi kamu, kamu mendoakan buat mereka dan mereka mendoakan buat kamu. Seburuk-buruk pemimpin kamu ialah orang yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu,kamu mencaci mereka dan mereka mencaci kamu. Mereka berkata : kami pun bertanya : wahai Rasulullah apakah boleh kami bangkit menentang mereka pada waktu tersebut? Kata Nabi : tidak, selagi mana mereka menegakkan ibadat solat dikalangan kamu. Tidak, selagi mana mereka menegakkan ibadat solat dikalangan kamu. Ketahuilah…sesiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin, lalu dia melihat pemimpin tersebut melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka hendaklah dia membenci perbuatan maksiat kepada Allah tersebut. Janganlah dia menarik tangan ketaatan”- riwayat Muslim


Maka dengan rasminya pada 13hb September, 2010, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (Tengku Mahkota Kelantan) telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan ke-19 dan dengan permasyhuran itu melengkapkan lagi kepimpinan kerajaan Negeri Kelantan yang kini diterajui oleh kepimpinan ulama iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini berdasarkan pemerhatian bahawa Tengku Faris merupakan seorang sultan yang mempunyai karisma dan peribadi yang berlatar belakangkan Islam serta mempunyai gaya kepimpinan yang amat disukai dan disenangi oleh seluruh rakyat Kelantan yang cintakan Islam. Baginda amat rapat dengan guru-guru pondok dan sering meluangkan masa mendengar kuliah-kuliah agama yang diadakan disekitar Kota Bahru terutama di Masjid Muhammadiah. Belum pernah ditemui seorang Tengku Mahkota mengimanikan solat kecuali baginda. Di sinilah terletaknya kekuatan dan kelebihan banginda.

Moga dengan perlantikan ini, Allah menurunkan rahmatNya keatas bumi Kelantan dan menjadikan negeri dan rakyat Kelantan umat Islam yang bertakwa kepadaNya dengan sebenar-benar takwa. Daulat Tuanku! AllahuAkhbar!

Saturday, September 4, 2010

Fasa Kedua Ramadhan Sudah Berlalu


Firman Allah Taala yang bermaksud,” Maka sampaikanlah kepada mereka (ancaman) azab yang pedih. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putus.” (al-Insyiqaq: 24-25)

Hari ini telah masuk 26 Ramadhan dan 3 atau 4 hari lagi Ramadhan 1431 akan meninggalkan kita semua samada akan bertemu atau tidak di tahun hadapan. Kebanyakan umat Islam tidak menghiraukan lagi atau kurangnya tumpuan kepada ibadah puasa ini dan banyak menumpukan tenaga mereka kepada persediaan menyambut Eid Fitri padahal dipenghujung Ramadhan inilah terutama pada 10 terakhir Ramadhan, Rasulullah melipat gandakan ibadat kepada Allah Taala kerana pada saat ini terdapat satu waktu yang sangat besar nilainya berbanding dengan waktu-waktu yang lain iaitu satu malam yang disebut Lailatul Qadar.

Firman Allah Taalah yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemulian itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatus semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)

Rendahnya Iman umat mutakhir ini, nipisnya iman umat di akhir zaman kerana mereka leka mengejar kebahagian dunia tanpa memperdulikan kehidupan yang lebih kekal abadi iaitu kehidupan akhirat. Ibadat mereka hanya hebat dipermulaan Ramadhan, amalan mereka hanya terisi diawal Ramadhan dan semakin berkurang dan leka apabila memasuki pertengahan Ramadhan. Pada hal 10 pertama Ramadhan adalah kenikmatan, 10 pertengahan adalah keampunan manakala 10 terakhir adalah bebas daripada api neraka. Seolah-olah umat manusia hanya mengambil kenikmatan daripada Allah tetapi tidak mahu keampunan dari Allah untuk bebaskan diri dari siksaan api neraka yang amat dahsyat azabnya. Apakah umat manusia berasa diri mereka tidak melakukan dosa-dosa atau apakah umat manusia tidak takut berhadapan dengan siksaan api neraka? Tidakkah kita merasa gerun dengan amaran Allah yang bermaksud,” Sungguh, azab Tuhanmu sangat keras.”(Al-Buruj: 12).

Kebanyakan masjid, surau atau madrasah hanya melimpah ruah pada awal Ramadhan sahaja hingga ada dikalangan jamaah merungut kerana masjid tidak mampu menampung jumlah jamaah yang banyak walaubagaimanapun apabila masuk sahaja 10 pertengahan Ramadhan sesetengah masjid hanya tinggal separuh sahaja berbanding dengan di awal Ramadhan sebelum ini dan kemakin berkurang dikahir Ramadhan. Masing-masing memenuhi ruang-ruang pasaraya-pasaraya, jualan-jualan murah dan sebagainya. Diwaktu ini tidak ada dalam jiwa mereka untuk beribadah dan beramal kepada Allah hanya terbayang pada Eid Fitri sahaja. Memang tidak salah membuat persiapan menyambut Eid Fitri tetapi keutamaan diberi kepada tempat yang salah dan tidak tetap.

Apakah kita tidak mencapai tahap ketakwaan yang diharapkan padahal Ramadhan itu menjadi tarbiah kepada kita untuk menjadi insan yang lebih bertakwa jika dihayati dengan sepenuhnya. Firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183). Selepas Ramadhan kita kembali kepada amalan-amalan lama, masih dengan sifat kesombongan kita dan sebagainya. Kita belum lagi mencapai ketakwaan yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah Taala kerana takwa itu itu terdiri kepada empat perkara iaitu takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, redha dengan pemberian dari Allah dan bersiapa sedia untuk bertemu dengan Allah.

Kita masih tidak takut dengan Allah kerana jika kita takut dengan Allah kita akan menurut segala perintah dan larangannya. Saban hari kita sentiasa melanggar suruhannya dan melakukan larangan-larangannya walaupun telah jelas hukumnya dalam al-Quran dan hadith Nabi. Makin ramai umat manusia yang tidak melakukan solat, puasa dan sebagainya walaupun ia adalah perkara wajib dan salah satu daripada rukun Islam.

Kita juga masih tidak beramal dengan al-Quran sepenuhnya. Banyak hukum-hukum yang digariskan dalam al-Quran kita abaikan atau kita mengambil hukum yang lain menggantikan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah atas berbagai-bagai alasan. Membimbangkan lagi tanpa sedar kita mempertikaikan dan mempersendakan hukum-hukum Allah seperti hudud, qisas dan sebagainya. Kita masih sombong dan angkuh dengan Allah juga dengan sesama manusia.

Kita masih lagi mempersoalkan rezeki yang kita terima dan membandingkan orang lain dengan kita dan menyalahkan takdir kerana kekurangan kita. Kita tidak menyatakan kesyukuran akan pemberian nikmat Allah yang sangat kepada kita. Syukur bukan hanya menyatakan Alhamdulillah dengan lisan dibibir tetapi menterjermahkan dengan hati dan keikhlasan jiwa.

Kita sebenarnya belum bersedia untuk bertemu dengan Allah kerana kita masih leka dengan hal-hal dunia, masih memikirkan kemewahan dunia, masih berlumba-lumba mengejar kesenangan dunia dan hanya meluangkan masa yang sedikit memikirkan tentang azab kubur, soalan-soalan Malaikat Mungkar dan Nangkir, azab neraka, titian siratalmustaqim dan sebagainya. Masih banyak lagi hilai ketawa kita dan kurangnya menangis menyesali diri yang lupa kepada perintah kepada Allah. Apakah kita merasa diri kita boleh menempuh dan menghadapi semua ini tanpa sebarang ketakutan? Jika beginilah kita selepas Ramadhan bermakna ini tanda-tanda bahawa Ramadhan kita hanya berlapar dan dahaga sahaja sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga.” (Riwayat Ahmad). Puasanya kita hanya kerana pada adatnya semua orang berpuasa bila tiba bulan Ramadhan tanpa punyai sebarang roh Ramadhan. Oleh kerana itulah kebanyakkan kita lebih mengutamakan menyambut Eid Fitri sebelum kedatangan Ramadhan itu sendiri. Kerana itulah kebanyakkan kita sebelum dan selepas Ramadhan serupa sahaja tanpa sebarang perubahan dan peningkatan keimanan dan ketaqwaan. Bersegeralah muhasabah dan memperbaiki diri supaya kita tidak menjadi manusia yang sentiasa rugi. Firman Allah yang bermaksud, "Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian". (Al-Asr: 1-2)

Sunday, August 29, 2010

Umat Islam Sendiri Menghina Islam


Keterangan gambar: Jika bukan Islam memasuki masjid dikatakan menghina Islam tapi ini lebih menghina Islam kerana mengaku Islam tetapi memasuki masjid tanpa menutup aurat dengan sempurna. Cuba lihat dan renung-renungkan.
UMNO sebenarnya menjauhkan Iagi bukan Islam dengan kemurnian dan kecantikan Islam itu sendiri. Mereka menggunakan isu agama semata-mata untuk kepentingan politik mereka sahaja tanpa memikirkan kesannya pada Islam dan sejak akhir-akhir ini mereka sentiasa mengeluarkan kenyataan yang sangat-sangat merugikan Islam dan diperbesarkan dengan dijadikan tajuk utama di depan dada akhbar-akhbar saluran mereka. Kenyataan-kenyataan banyak merugikan Islam dan mengelirukan orang-orang bukan Islam. Mereka sebenarnya cuba membangkitkan isu perkauman untuk meraih simpati daripada orang-orang melayu yang tidak menyokong mereka sehingga menyebabkan salahfaham dikalangan bangsa-bangsa lain dan membangkitkan permusuhan.

Ia bermula dengan isu membaca doa kepada pemimpin bukan Islam dan diikuti dengan bukan Islam memasuki masjid. Sebarang kenyataan hendaklah berdasarkan praktikal Islam itu sendiri bukan hanya merujuk kepada ahli-ahli fatwa sukh yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Majlis Agama pula sangat suka mengeluarkan fatwa yang samar-samar dan membelakangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Islam membenarkan kita mendoakan pemimpin bukan Islam dengan harapan mereka akan mendekati Islam dan memelukkan agama Islam. Adapun dalil-dalil yang menyokong kebenaran bukan Islam masuk ke dalam masjid ialah Nabi Muhammad SAW mengutus pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsumamah Bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya di salah satu tiang Masjid (Sahih Bukhari, No. 457).Daripada Hadith di atas jelas menunjukkan kebenaran bukan Islam masuk ke dalam Masjid, sekiranya bukan Islam tak boleh masuk ke dalam Masjid maka para sahabat takkan mengikat Tsumamah bin Utsaal di dalam Masjid ataupun Nabi Muhammad akan menghalang mereka untuk membawa masuk Tsumamah Bin Utsaal ke dalam Masjid.
Dalam Hadith yang lain juga dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsuamamah Bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya di salah satu tiang masjid. Lalu Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam (SAW) keluar sambil berkata : “Lepaskan Tsumamah”. Iapun berjalan menuju kebun Kurma yang dekat dengan Masjid dan mandi. Kemudian ia masuk ke dalam Masjid dan berkata : Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul/utusan Allah (Sahih Bukhari- No. 450).

Dimanakah 1Malaysia yang diheboh-hebohkan jika begini sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang jahil ini. MASIH INGAT TAK LAGI UMNO MENGADAKAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN UNTUK KEMENANGAN KAMALNATHAN DALAM PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR BARU-BARU INI? Kenapa tak ada fatwa yang melarang mereka berbuat demikian jika ianya dilarang? BAGAIMANA PULA PELANCONG BUKAN ISLAM YANG MEMASUKI MASJID NEGARA, MASJID PUTRAJAYA ATAU MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN? Apakah ini dibenarkan pula?
Berhati-hatilah dengan isu agama dan perkauman yang dimainkan oleh UMNO kerana kemungkinan akan berulang kembali Operasi lalang akan berlaku jika kita juga menyambut isu agama dan perkauman mereka. Mereka akan menggunakan alasan tersebut untuk kepentingan politik kotor mereka yang sememangnya semakin jijik dan kotor.

Thursday, July 1, 2010

Sedekah

Firman Allah Taala yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah, dan orang-orang perempuan yang bersedekah, dan mereka meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan untuk mereka, dan bagi mereka upah yang mulia.” (Al-Hadid: 18)

Sedekah mempunyai rahsia yang tersembunyi dalam mengubati manusia rohani dan jasmani. Orang-orang yang beriman wajib mempercayai akan pentingnya bersedekah dalam kehidupan mereka. Bersedekah bukan hanya dapat bentuk mata wang tetapi boleh dengan berbagai cara seperti ilmu, tenaga, harta dan sebagainya hatta memberi senyuman juga dianggap sebagai sedekah. Ini menunjukkan bahwa dalam Islam, Allah memberikan seluas-luas jalan atau peluang kepada hambaNya untuk mendapat ganjaran pahala sebagai bekalan mereka di akhirat nanti.

Sesetengah manusia tidak dapat melihat bahawa sedekah itu mempunyai rohnya dalam kehidupan manusia dan memainkan peranan dalam mereka. Cuba kita perhatikan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara: (iaitu pahala amalannya yang dilakukannya semasa hayatnya masih diberikan pahala), sedekah yang berkekalan, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang solih yang berdoa kepadanya.( Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah). Berdasarkan hadith tersebut, nyata sekali bahawa sedekah mempunyai peranan besar terhadap kehidupan manusia di dunia, alam barzakh hingga ke akhirat. Amalan bersedekah dapat mengurangkan panas roh dalam barzakh dan menjadi penaung manusia di akhirat nanti.

Namun kebanyakkan manusia tidak melihat kepentingan sedekah ini walaupun mempunyai kemampuan yang mencukupi dan kemewahan yang melimpah ruah. Ada riwayatkan bahawa ada sahabat baginda yang merasa sedih kerana tidak bersedekah atas kemiskinan mereka tetapi Rasulullah mengajar mereka bagaimana untuk mendapatkan pahala sedekah dengan membawa Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah allahuakbar. Dengan membaca tasbih, zikir dan takbir tersebut mereka akan mendapat ganjaran sebagaimana orang bersedekah. Ini menunjukkan bahwa betapa besarnya peranan sedekah yang tidak diambil peduli lagi oleh manusia di zaman ini.

Ambillah peluang kedatangan bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi untuk kita memperbanyakkan bersedekah dan menjadi amalan berterusan dalam diri kita. Harta tidak memberi manafaat kepada kita jika ia tidak dimanafaatkan kepada jalan-jalan kebajikan dan kebaikan. Kemewahan boleh memberi kesenangan kita di akhirat, juga boleh menjadi kesusahan kepada kita di akhirat bergantung bagaimana kita menghabiskannya semasa di dunia. Kita jangan menjadi bongkak, sombong, takabur dan kikir kerana harta dan wang ringgit. Ia boleh datang dan hilang dengan sekelip mata atas kehendak Allah Taala. Jika kita memegang sedekah itu sebagai amalan kita, harta dan wang ringgit tidak bermakna lagi kepada diri kita kerana keredhaan Allah yang ingin kita capaikan.

Saturday, June 26, 2010

Mari berDemonstrasi Setiap Hari


Tulisan ini adalah olahan dari petikan catitan Ust Pahrol Mat Juoi dalam blog beliau http://genta-rasa.com/2010/06/05/mari-demonstrasi-hari-hari Semoga Allah merahmati dan memberi kekuatan kepada beliau dalam perjuangan.

Menentang Israel dan berdemonstrasi adalah perlu. Dengan berdemonstrasi kita cuba menunjukkan segala sikap penentangan kita terhadap kekejaman mereka di mata dunia. Kita dengan bersemangat melaung-laungkan kata-kata bantahan, kita bakar bendera Israel juga Amerika dan kita koyak-koyakkan gambar Perdana Menteri Israel dan Amerika tetapi kenapa sehingga kini Israel tidak menunjukkan rasa kebimbangan malah lebih angkuh lagi.

Ramainya orang berdemonstrasi melaung-laungkan takbir Allah Akhbar tetapi berapa ramai yang tak melaungkan Allah Akhbar pada subuh hari. Masih ramai lagi umat Islam masih berselimut dan lena tidur dibuai mimpi ketika azan subuh dilaungkan. Jihad dan ibadah tidak boleh dipisahkan kerana ibadah itu akan membangunkan roh jihad yang sejati. Ia akan melahirkan para mujahid yang istiqamah dan kental dalam perjuangan.

Ramainya orang yang berdemonstrasi menentang Israel tetapi dalam masa yang sama ramai yang membantu ekonomi Israel. Di tangan-tangan mereka masih lagi memegang rokok Winston from Amerika dan juga barang-barangan buatan mereka. Tangan yang sama menunjukkan kemarahan dan tangan yang sama juga menyokong mereka.

Kita harus menentang Israel dengan kaedah yang menyakitkan hati mereka. Mereka bimbang sekiranya umat Islam yang berjemaah solat subuh sama ramai dengan umat Islam yang berjamaah solat Jumaat. Sesungguhnya kekuatan umat Islam akan terbina antaranya dengan bersolat jamaah lebih-lebih lagi solat fardhu subuh. Sebaik-baik demonstrasi ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Kita lihat di Badar dan di Khandak, bagaimana Rasulullah S.A.W dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula bagaimana Salehuddin dan lihat pula Muhammad Al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan dan ibadat khusus yang lain. Solat tahajjud malam adalah amalan mereka dan mereka merintih kepada Allah ketika itu mengharapkan keredhaan daripadaNya.

Sedarkah kita bahawa cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu boleh dihantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!. Jika setahun umat Islam berhenti merokok bagaimana kesannya? Mungkin lumpuh ekonomi mereka.

Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis. Isme kapitalis, sosialis dan liberalis adalah ciptaan Yahudi untuk umat Islam.

Kita perlukan tindakan dan agenda yang konsistan dan genuince. Ajak umat Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh berdemonstrasi hari-hari terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Hollywood. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.

Kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa ramai umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?
Apabila kita bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.

Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah? Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.” Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akhbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus mengecilkan pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Saturday, June 19, 2010

Bersangka Baik Dan Jangan Menghina

Walaupun perkara ini kadang-kadang dipandang kecil kepada sesetengah orang, namun sebagai manusia hamba kepada Allah Taala kita wajar mengambil perhatian. Sebagai manusia kita kadang kala akan bertemu di satu-satu masa perselisihan antara satu sama lain dalam perkara-perkara yang berkaitan pekerjaan, pendapat, kesilapan , kekurangan dan sebagainya. Dalam menghadapi soal ini kadang kala dan kebanyakan kita akan meletakkan diri kita melebihi daripada orang lain. Dalam kedudukan ini selalu menyalahkan orang lain, merendah-rendahkan orang sehingga kadang-kadang tanpa sedari kita menghina orang lain. Kita lebih banyak bersangka buruk dengan orang lain dan kadang-kadang kita tidak mahu menerima dan mengambil tahu akan perkara sebenar disebalik sesuatu perkara atau kejadian yang berlaku. Kita hanya memikir pada diri kita sendiri dan tidak memperdulikan masalah dan kesulitan orang lain.

Firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.” (Al-Hujurat: 12)

Kita sering beranggapan orang yang melakukan kesalahan itu sangat hina dan sukar untuk memaafkan mereka. Apakah kita lebih berkuasa dan lebih mengetahui daripada Allah Taala. Sedangkan Allah Taala sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya sedangkan kita sebagai makhlukNya sentiasa bersikap angkuh sesama lain.

Firman Allah yang bermaksud,“Wahai orang-orang yang beriman? Janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujurat: 11)

Menjadi kelaziman kepada kita akan mencela manusia lain yang melakukan kesalahan kepada kita dan mengelar mereka denga suatu gelaran untuk menunjukkan kehinaan kita kepada mereka. Hal ini harus dihindarkan kerana Allah sangat murka kepada mereka yang melakukannya dan meletakkan mereka sebagai golongan yang zalim samada kepada orang lain mahupun kepada dirinya sendiri.

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud, ‘Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan diakhirat.” (Hadith riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Dan sabda Nabi S.A.W lagi, “Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya” (Riwayat At Tarmizi)

Sesungguhnya perasaan hasad, dengki, riak, ujub dan takabbur adalah perasaan yang kotor dalam diri manusia. Dalam hal ini Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sering memberi panduan bagaimana cara-cara kita menghilangkan sifat-sifat kotor ini antaranya jika kamu bertemu dan bercakap dengan seseorang, maka yakinilah dia lebih baik daripada kamu dengan ucapan di dalam hatimu “mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Saturday, June 12, 2010

Umat Islam Mesti Bersatu Dan Membina Kekuatan


Firman Allah Taala yang bermaksud, “Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu infaqkan di jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).” (Al-Anfal: 60)

Dalam keghairahan kita berdemontrasi secara besar-besaran dan berkala terhadap kekejaman Israel terhadap umat Palestin dan juga sukarelawan-sukarelawan yang ingin memberi bantuan kemanusian kepada Negara Palestin kita perlu sedar bahawa demontrasi masih belum lagi mengementarkan dan mengoyahkan lagi negara kerajaan zionis ini. Negara-negara umat Islam harus memulakan inisiatif mengerakkan gerakan menyatu padukan umat Islam diseluruh dunia dan mengkumpulkan segala kekuatan tiap-tiap negara umat Islam kepada satu kekuatan di bawah satu pimpinan arahan. Hanya dengan cara ini sahaja kerakusan dan keegoan negara zionis ini dapat dipatahkan dan dikalahkan. Pertubuhan Persidangan Islam atau Organization of the Islamic Conference (OIC) yang dianggotai oleh 56 buah negara harus mengambil langkah pro aktif untuk merealisasikan penyatuan ini.

Pertubuhan tidak boleh hanya mengadakan persidangan tahunan dan mengeluarkan resolusi sahaja tanpa mengambil langkah susulan selepas itu. Antara langkah-langkah yang mesti diambil ialah;
1. Mewujudkan kembali pimpinan dibawah satu Khalifah sebagaimana dizaman para sahabat dahulu dan arahan hanya daripada Amirulmukminin sahaja.

2. Kembali semula kepada ajaran Al-Quran dan Hadith dengan sepenuhnya
3. Merapatkan jurang perselisihan pendapat dikalangan umat Islam.
4. Menyekat pengeluaran ekonomi negara Islam ke negara-negara bukan Islam seperti menarik semula pelaburan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan sebagainya.
5. Negara-negara yang kaya seperti Kuwait, Arab Saudi wajib membantu negara Islam yang miskin.
6. Menamatkan kerjasama ketenteraan dengan negara seperti Amerika dan Britain.
7. Menarik diri dari menjadi pengkalan tentera kepada negara-negara bukan Islam
8. Tiap kepakaran negara-negara Islam dikongsi bersama dengan negara Islam yang lain seperti kepakaran Iran dalam pembinaan tenaga nuclear
9. Mewujudkan tentera negara Islam di bawah OIC
10.Mewajibkan semua negara-negara Islam menjalankan undang-undang syariah Islam
11.Membantu negara-negara Islam yang lain jika ditindas tanpa menunggu atau terikat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Ali Imran: 103)

Kita yakin dan percaya bahawa dengan mengambil langkah-langkah tersebut dan dengan pertolongan Allah umat Islam akan kembali kuat dan berupaya menakluki dunia semula sebagaimana di zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W, Khalifah-khalifah Harun Al-Rashiddin dan Khalifah Omar Abdul Aziz. Asas kekuatan di sini ialah bersatu. Di abad ini kelemahan negara-negara Islam ialah tiadanya kesatuan antara satu lain dalam menanggani permasalahan umat Islam lebih-lebih lagi para pemimpin negara-negara umat Islam mempunyai kepentingan sendiri samada negara mahupun peribadi. Jumlah penduduk Islam dunia ialah 1.57 billion dibandingkan dengan penduduk Yahudi dunia hanya seramai 13 juta orang sahaja tetapi umat Islam tertindas dengan kekuatan mereka. Untuk mengembalikan semula kekuatan ini, kebangkitan Islam harus dimulakan di negara-negara umat Islam itu sendiri dengan mengerakkan gerakan-gerakan pertubuhan Islam mengambil alih pentadbiran negara-negara umat Islam daripada kerajaan sekular kepada Kerajaan Islam. Pada ketika itu tunggu dan lihatlah tentera-tentera Allah akan datang membantu umat Islam yang berjuang dan kemenangan akan berpihak kepada Islam. Firman Allah yang bermaksud, “Tidakkah engkau (Muhammad) perhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap pasukan bergajah?. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu dari tanah liat yang dibakar, sehingga mereka dijadikanNya seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (Al-Fil: 1-5)

Saturday, June 5, 2010

Akan Sampai Masanya Nanti Israel Akan Lenyap


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)"

Walaupun Yahudi tidak menerima kebenaran agama Islam dan mengakui Nabi Muhammad S.A.W sebagai utusan terakhir namun mereka tetap mengakui akan kebenaran hadith Nabi berkenaan peristiwa-peristiwa akhir zaman yang berkaitan dengan kaum Yahudi. Jika berdasarkan hadith di atas semua makhluk di bumi ini memerangi dan membenci kaum Yahudi melainkan pohon kayu yang dikenali sebagai gharqad (nama saintifiknya dikenali sebagai Boxthorn dari spesis keluarga Lycium) menjadi pelindung mereka. Ekoran daripada itu kaum Yahudi telah melancarkan kempen yang dikenali “Israel Green Spaces” dengan menanam pokok-pokok di keliling Negara Israel dan hampir 240 juta pokok telah ditanam setakat ini. Sila rujuk www.jnf.org/work-we-do/our-projects/forestry-ecology/ untuk maklumat lanjut. Walaupun tidak dinyatakan secara khusus pohon gharqad (salah satu spesis yang dinyatakan ialah hawthorn) namun penanaman pokok secara agresif dan jumlah yang banyak menjadi persoalan di sini bagaimana mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang banyak semata-mata untuk projek “Israel Green Spaces”.

Peranan kita sebagai umat Islam ialah meneruskan perjuangan dengan istiqamah hingga Allah tentukan waktu dan masa kemenangan Islam. Perjuangan tidak hanya menunggu ketika peristiwa seperti rampasan kapal misi bantuan sahaja tetapi berterusan dalam apa sekali bentuk yang ada dan masa. Menjadi kelaziman kehangatan dalam perjuangan apabila diasak dan ditekan namun ketika kita lalai musuh-musuh akan mengatur strategi untuk menyerang balas sebagaimana terjadi dalam sejarah peperangan Uhud hingga menyebabkan ramai para sahabat mati syahid termasuk Syaidina Hamzah. Kegagalan bukan bererti kita akan gagal selama-lamanya pasti kemenangan akan tiba samada lambat atau cepat hanya Allah yang akan menentukannya.

Bertindak Sekarang. Boikot Israel Dan Sekutunya

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud, “ Perumpamaan orang-orang mukmin di dalam rasa cinta mereka, kasih sayang mereka dan kemesraan mereka seperti badan yang satu apabila sebahagian dari anggotanya mengadu sakit, maka bersama-samalah seluruh anggotanya dengan berjaga dan sakit.”

Maka dengan penuh keimanan dan jihad kita pada jalan Allah bertindaklah sekarang;

1.Hentikan membeli barangan buatan sekutu-sekutu Israel seperti Amerika, Britain

2.Putuskan hubungan diplomatik dengan Negara-negara yang mempunyai hubungan kedutaan dengan Israel

3.Tidak benarkan rakyat Israel melancung ke Negara

4.Pulaukan mana-mana pihak yang di negara ini yang menyokong atau berbaik dengan Israel

Sabda Baginda lagi yang bermaksud, “Seorang muslim adalah bersaudara dengan muslim yang lain, dia tidak menzalimi, tidak membiarkannya dan tidak menyerahkannya kepada bahaya. Barang siapa menolong saudaranya, Allah akan menolongnya. Barang siapa melepaskan saudaranya dari satu kesusahan, Allah melepaskannya dari satu kesulitan malah berbagai-bagai kesulitan pada hari kiamat, barang siapa menutup rahsia, cacat cela (keaiban) seorang muslim, Allah menutup keaibannya pada hari kiamat.”

Bangkit Menentang Israel


Firman Allah Taala yang bermaksud, “Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah”. (Al-Baqarah: 120)

Tragedi 31 Mei, 2010 serangan ganas komando rejim Israel keatas kapal Mavi Marmara yang membawa konvoi sukarelawan bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam yang selama ini hanya banyak berdiam diri dalam soal berkaitan dengan Israel ini. Walhal 1400 tahun dahulu Allah telah pun member peringkatan kepada Nabi Muhammad S.A.W akan tentangan dan ancaman Isreal sebagaimana dalam ayat 120 surah Al-Baqarah.

Para pejuang Islam seperti Hamas, Hisbullah dan juga Parti Islam SeMalaysia telah lama berjuang menentang sebarang perhubungan dan kerjasama dengan Negara Yahudi ini namun kerajaan-kerajaan yang mengaku sebagai Negara Islam tidak mengambil peduli soal ini malah mereka menemplak, menangkap dan memenjara pejuang-pejuang ini. Keadaan serupa ini juga berlaku di Negara kita, Malaysia dan lebih memalukan sanggup membuat lawatan ke Negara Yahudi ini dan lebih membimbangkan lagi mengambil pakar-pakar Yahudi sebagai penasihat Negara.

Peristiwa serangan ganas komando ini hanya sedikit sahaja gambaran kekejaman mereka kepada penduduk Palestin kerana rakyat Palestin menghadapi kekejaman dan kezaliman Yahudi lebih berat dan teruk lagi. Kita tidak mahu semangat penentangan dan kritikan ini hanya bermusim dan pada satu-satu ketika sahaja tetapi kita mestilah istiqamah berjuang menentang kezaliman Yahudi ini.

Orang-orang Yahudi menganggap bahawa hanya keturunan mereka sahaja yang mulia dan menganggap bahwa mereka adalah anak Tuhan dan hanya mereka yang layak untuk masuk syurga. Firman Allah yang bermaksud,” Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata, “Tidak akan masuk syurga kecuali orang Yahudi atau Nasrani.” Itu (hanya) angan-angan mereka. Katakanlah, “Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar.” (Al-Baqarah: 111).

Kita sebenarnya tidak sedar atau sengaja tidak mahu menyedari bahwa kita juga memberi sumbangan kepada perjuangan Yahudi ini. Sedar atau tidak dengan membeli barangan dari syarikat-syarikat yang mempunyai talian dengan Negara Yahudi secara tidak langsung kita menyumbang kepada Negara mereka lebih-lebih lagi membayar secara langsung kepada perkhidmatan mereka sejelas-jelasnya memang menyokong mereka. Kita jangan menjadi hipokrit menunjukkan simpati kepada Negara Palestin tetapi dalam masa yang sama kita menyumbang sebutir peluru untuk mengorban satu nyawa rakyat Palestin. Di mana pendirian Negara kita dan hanya berpura-pura melaungkan slogan anti Israel tetapi dalam masa yang sama membantu mereka.

Sudah tiba masanya umat Islam bersatu bersama-sama dengan pejuang-pejuang Islam menentang Negara Israel dengan segala kekuatan dan kepakaran yang ada, memboikot keluaran Negara-negara yang sekutu dengan mereka dan menghalau mereka dari Negara kita. Dalam masa yang sama kita juga harus sedar bahawa di Negara kita juga ada umat mempunyai sifat dan watak yang sama dengan Israel tetapi bertopengkan melayu. Mereka menyekat bantuan ke negeri yang diperintah oleh orang Islam, mereka membunuh pejuang-pejuang Islam, mereka menyekat penyebaran dahwah Islam dan mereka juga menyekat hukum-hukum perundangan Islam. Orang-orang ini lebih merbahaya daripada Israel kerana sifat munafik mereka. Moga Allah memberi kekuatan keimanan kepada kita untuk terus berjuang dan tergolong daripada kalangan orang-orang yang mati syahid.

Dalam kemelut ini juga dimana hilangnya Presiden Obama? Kenapa Presiden Amerika ini tidak memainkan peranannya sebagai pejuangan keamanan yang dilaung-laungkan. Kenapa ada sifat ‘double standard’ dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Negara Yahudi ini?. Andainya Negara yang menyerang itu datang dari Negara Islam sudah pasti seluruh armada tentera Amerika akan dikerahkan untuk menyerang balas kepada Negara tersebut. Jelasnya Presiden Amerika ini sebenarnya ditaja dan disokong oleh Yahudi dalam kemenangan beliau sebagai Presiden Amerika. Kesimpulannya jangan mudah percaya walau siapa pun Presiden Amerika kerana mereka semuanya sama sahaja walaupun kulit mereka berbeza.

Saturday, May 15, 2010

Bangkitlah Menentang Lesen Judi Piala Dunia 2010


Firman Allah Taala yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung”. (Al-Maidah: 90)

Ayat diatas menegaskan tentang larangan Allah Taala terhadap minuman keras dan berjudi dan menyifatkan orang-orang melakukan perbuatan tersebut tergolong bersama-sama dengan syaitan. Tergolongnya mereka dengan syaitan bermakna mereka termasuk di kalangan orang-orang yang dilaknat oleh Allah Taala dan di akhirat kelak dihimpunkan bersama-sama dengan ahli neraka. Apa yang jelas ialah kepada umat Islam, judi merupakan dosa-dosa besar yang ditegah di dalam Al-Quran dilakukan walau dengan apa alasan sekalipun sehingga Allah menyifatkan orang yang terlibat dengan perbuatan-perbuatan ini termasuk dengan perbuatan syaitan. Begitulah penegahan Allah Taala terhadap perbuatan tersebut.

Jika umat Islam dilarang mendekati judi maka dari sudut istilah bahasanya terlibat dengan penjualan judi, berkerja, menyediakan sumber atau alat-alat perjudian, memberi lesen dan perkara-perkara yang berkaitan dengan judi hukumnya berdosa juga. Jadi samalah juga dengan memberi kebenaran Lesen perjudian bola sepak piala dunia Jun 2010 oleh kerajaan baru-baru ini. Sifat dan perbuatannya sama maka bagaimana mungkin Negara yang mengaku sebagai sebuah Negara Islam sanggup meluluskan dan merestui perjudian ini. Sedar atau tidak bahawa inilah kesannya apabila Negara mengambil yahudi sebagai penasihatnya dalam pentadbiran Negara.

Kenapa pandangan daripada penasihat di Jabatan Perdana Menteri dalam hal ehwal Islam tidak dirujuk dahulu? Atau pandangan mereka hanya diperlukan dalam suasana atau keadaan untuk memuji kerajaan sahaja? Walau bagaimanapun sebagai penasihat kepada kerajaan dalam hal ehwal Islam mereka tidak perlu menunggu ditanya tetapi harus bertindak secara pro-aktif dalam isu-isu berkaitan dengan hukum-hukum Islam kerana amaran Allah dalam ayat 91 surah Al-Maidah yang bermaksud, “Dengan minuman keras dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalang-halangi kamu dari mengingati Allah dan melakukan solat maka tidaklak kamu mahu berhenti?”.

Umat Islam tidak harus berdiam diri dalam isu ini terutama alim ulama walaupun teguran mereka akan mendapat kritikan dan tentangan dari kerajaan. Penguatkuasa-penguatkuasa yang beragama Islam juga harus menyokong usaha-usaha pihak tertentu menentang kelulusan lesen judi piala dunia ini walaupun secara tidak langsung seperti halnya berlaku diperhimpunan menentang lesen judi baru-baru ini di Masjid Kampung Baru. Sikap anggota-anggota polis yang beragama Islam seperti tidak prihatin dengan isu yang dibangkitkan sehingga menyuraikan peserta perhimpunan dengan cara tidak sopan. Sewajarnya mereka hanya mengawal keadaan bukan bertindak agresif kepada peserta perhimpunan ini. Apakah hanya kerana mereka anggota polis maka mereka tidak takut dengan hukum Allah?. Firman Allah,”Dan katakanlah (Muhammad), kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, barang siapa menghendaki (beriman) hendaklah dia beriman, dan barang siapa menghendaki (kafir) biarlah dia kafir. Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka bagi orang zalim, yang gejolaknya mengepung mereka. Jika mereka meminta pertolongan (minum), mereka akan diberi air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan wajah. (Itulah) minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling jelek.” (Al-Kahf: 29)

Beginilah Kita Berpolitik Dalam Masjid


Oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Masjid adalah Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.) Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin. Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang datang dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran.Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik.Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran.
Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan sebagainya.Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. Beliau berkata: “Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”
Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata: “Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!” Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!” Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”
Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman kegemilangannya.Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah. Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat.Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan.
Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…! Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.Kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia merupakan satu kehinaan atau jenayah ?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia. Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya: "Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik ?” Sedangkan mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki.Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada di dalam lingkaran hukum dan nilai-nilainya.
Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan dan mengenepikan halal dan haram.Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap.Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya yang di atas.
Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama sebagaiaman di dalam sabdanya ; الدين النصيحة : قلنا لمن؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وإمامهم“Ad-Deen itu adalah nasihat…” Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?”Sabdanya: “Bagi Allah, Kitab وRasul, dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.” Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat keselamatan daripada kerugian di dunia dan akhirat.
Firman Allah bermaksud *( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini.
Firman Allah (s.w.t.): كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan kamu beriman kepada ALLah.” (Ali-Imran: 110).
Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan mukminat. Firman Allah (s.w.t.): Maksudnya: “ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf nahi mungkar.
Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya:Maksudnya: “Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh.
Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh.Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiya’ ‘Palestin’ bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan. Pada permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangkitan masjid.Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai peranannya yang tidak dapat dinafikan.Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian.Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan. Masjid didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan.Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan.Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dengan kekuatan Allah (s.w.t.)
Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerajaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia.Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t):وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ Maksudnya: “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat.
Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam, bahkan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan. Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah kepada jalan Allah. Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita.