Orang-orang Melayu sendiri mencalarkan bangsa Melayu dengan kotoran-kotoran yang menjijikkan yang selama ini tidak terfikir dan terlintas di ruang pemikiran manusia akan berlaku tindakan-tindakan luar biasa dan mengemparkan ini. Di manakah maruah bangsa Melayu itu jika dengan mudah dan terbukanya mengaib dan melempar tuduhan-tuduhan yang aib kepada seorang yang berbangsa Melayu juga. Hatta dalam Islam sendiri suami atau isteri dilarang menghebahkan kekurangan pasangan masing-masing lebih-lebih lagi antara kita sesama bangsa Melayu dan beragama Islam.
Jika kita perhatikan dalam kempen-kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh sekarang ini, calon-calon yang bertanding adalah terdiri daripada bangsa Melayu dan Islam tetapi apa yang berlaku dalam usaha untuk mempengaruhi para penggundi memihak kepada mereka tanpa segan dan silu mereka menghilangkan sifat-sifat sopan santun sebagai bangsa Melayu dengan tindakan-tindakan yang sangat mengaibkan. Hilangnya sifat-sifat kelembutan dan malu jika mereka seorang wanita dan lebih-lebih lagi jika mereka seorang lelaki (melampau batas-batas sebagai seorang muslim). Pemimpin sebeginikah yang kita lantik untuk memimpin? Pemimpin seperti inikah yang dapat membela agama Islam dan bangsa Melayu. Dalam soal-soal akhlak sedemikian pun tidak dapat mengawal diri dari melakukannya bagaimanakah untuk mengelakkan diri dari terjerumus kepada perkara-perkara maksiat yang lebih besar dan hebat lagi dan seterusnya untuk mendidik rakyat di bawah tanggungnya. Bangsa Melayu sebeginikah yang dihasilkan dari sebuah negara yang sentiasa diwar-warkan sebagai negara Islam? Rosak dan rendahnya maruah bangsa Melayu adalah disebabkan oleh bangsa Melayu itu sendiri (lihat gambar).
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud;
"Bahawa apabila Allah berkehendak kebinasaan kepada seorang hamba, maka dicabut perasaan malu daripadanya. dan tidak engkau dapati melainkan ia seorang yang dibenci lagi dibencikan. setelah itu ditinggalkan pula perasaan amanah daripadanya. dan engkau dapatinya seorang khianat lagi mengkhianati, seorang yang kehilangan perasaan atau perasaan belas ihsan. kemudian itu jadilah ia seorang yang kasar lagi kasar kelakuannya. dicabut daripadanya ikatan Imannya daripada tengkuknya. akhirnya engkau memandang dia bukan lagi sebagai insan (manusia) tetapi sebagai syaitan yang durjana. (Rujukan: huraian hadith ke-20 di dlm buku hadith empat puluh Imam Nawawi oleh Ust Mustapha Abdul Rahman)

Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah semoga negara kita dilindungi daripada fitnah yang lebih besar lagi. Dan juga semoga tertegaknya sebuah Daulah Islamiah di bumi Malaysia ini khasnya dan di dunia amnya. Amin.
No comments:
Post a Comment