Monday, March 30, 2009

Buktikan Kuasa Rakyat Dan Jalankan Tanggungjawab Dengan Bijak


Sekali lagi KDN bertindak mengantung penerbitan Harakah akhbar rasmi PAS dan kali ini selama 3 bulan. Penggantungan ini berkebetulan pula dengan Perhimpunan Umno dan juga Pilihan Raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Dan seperti biasa Menteri yang menjaga Hal Elwal Dalam Negeri memberi alasan tanpa bukti atau contoh kesalahan yang menasabah sekadar menyatakan (alasan yang sama setiap kali bertindak) “KDN mendapati Harakah dan Suara Keadilan banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas”
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" (ayat 6 Surah Al-Hujurat)
Harapan yang tinggi diberikan kepada semua pengundi-pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebijak-bijaknya supaya pemimpin-pemimpin UMNO yang korup ini sedar bahawa mereka dipilih rakyat untuk membela rakyat bukan membela poket dan keluarga mereka.
Mari kita sama-sama memboikot Utusan Malaysia dan Berita Harian serta saluran media lain seperti TV3, RTM selama 3 bulan ini!

Obama Dan UMNO


Dan ketika Barack Obama memenangi kerusi Presiden Amerika Syarikat masing-masing pemimpin negera dunia ketiga dan Islam meletak harapan kepada perubahan yang akan dibawa oleh Presiden baru Amerika ini membawa sinaran baru kepada mereka. Antaranya kedudukan tentera penjajah Amerika di Iraq, kedudukan tentera Israel di Palestin, tekanan terhadap Iran akibat daripada penerokaan sumber logi nuclear, diskrimisasi terhadap negara-negara Islam dan sebagainya. Pengharapan ini adalah berdasar kepada sejarah dan latar belakang Obama yang mendapat pendidikan dan dibesarkan di Indonesia suatu ketika dahulu. Namun begitu kita harus sedar bahwa siapapun nama Presiden Amerika itu dasarnya tetap tidak berubah dan apabila masih berpandukan dasar yang sama tindakannya tetap sama dan dibimbangi lebih hebat dan keras daripada Bush sendiri. Keraguan ini adalah berdasarkan bahawa beliau sudah memahami sedikit sebanyak mungkin kelemahan umat Islam ketika berada di Asia khususnya di Indonesia dan dengan pengalaman ini akan menjadi senjata untuk merangka strategi melemah dan menawan negara-negara umat Islam samada dengan peperangan persenjataan atau saraf.
Setakat ini belum kedengaran lagi Obama berbicara untuk mengurangkan tentera penjajah Amerika daripada bumi Iraq dan menghentikan tekanan dan sekatan terhadap Iran. Ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa Presiden baru Amerika Syarikat ini akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada. Kesangsian ini dikuatkan lagi dengan tindakan Presiden Amerika ke-44 ini bertindak melantik Pengarah Urusan White House dari kalangan manusia yang fanatic dengan Yahudi. Sementara ayahnya merupakan bekas pengganas yang telah melakukan pembunuhan beramai-ramai. Selepas memenangi pilihan raya Presiden beliau lebih menumpukan perhatian isu-isu dalaman Amerika untuk memulihkan ekonomi yang semakin teruk sekarang ini. Harus diingatkan bahawa mana-mana pemimpin yang ingin memenangi kerusi Amerika Syarikat harus mendapatkan sokongan daripada Yahudi khususnya Israel. Dan oleh demikian jika diperhatikan setiap kempen dan kenyataan-kenyataan mesti merupakan kenyataan yang dapat meraih undi daripada kalangan Yahudi. Jawapannya, Obama tidak mampu membuat perubahan besar dalam hubungan Asia Barat, menyelesaikan isu Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan dan memulihkan hubungan dengan Negara-negara Umat Islam.
Keadaan ini sama dengan peralihan pimpinan UMNO yang diharapkan dapat membawa perubahan kepada kepimpinan Negara, bersih daripada rasuah, penghapusan ISA yang zalim, kebebasan bersuara dan meletakkan hukum dan undang-undang Islam pada dasar yang tinggi dalam undang-undang Negara ini. Namun begitu jika dasar pemerintahan Negara masih berpegang kepada dasar yang sama, undang-undang British masih menjadi rujukan dan aqidah pemimpin Negara tidak kepada undang-undang Islam harapan ini hanya tinggal angan-angan sahaja. Malah berkemungkinan semakin banyaknya rasuah, ISA semakin zalim dan Islam semakin dipinggirkan akan berlaku. Malah akhir-akhir ini keganasan Polis semakin menjadi-jadi dan bertindak di luar pertimbangan kemanusian dan peradaban. Apakah tindakan mereka di atas arahan pihak-pihak tertentu atau mereka sebenarnya cuba menunjukkan bahwa mereka mempunyai kuasa dan boleh bertindak sesuka hati. Kerana apa? Kerana latar belakang pemimpin dan dasar Negara yang masih sama!