Sunday, August 29, 2010

Umat Islam Sendiri Menghina Islam


Keterangan gambar: Jika bukan Islam memasuki masjid dikatakan menghina Islam tapi ini lebih menghina Islam kerana mengaku Islam tetapi memasuki masjid tanpa menutup aurat dengan sempurna. Cuba lihat dan renung-renungkan.
UMNO sebenarnya menjauhkan Iagi bukan Islam dengan kemurnian dan kecantikan Islam itu sendiri. Mereka menggunakan isu agama semata-mata untuk kepentingan politik mereka sahaja tanpa memikirkan kesannya pada Islam dan sejak akhir-akhir ini mereka sentiasa mengeluarkan kenyataan yang sangat-sangat merugikan Islam dan diperbesarkan dengan dijadikan tajuk utama di depan dada akhbar-akhbar saluran mereka. Kenyataan-kenyataan banyak merugikan Islam dan mengelirukan orang-orang bukan Islam. Mereka sebenarnya cuba membangkitkan isu perkauman untuk meraih simpati daripada orang-orang melayu yang tidak menyokong mereka sehingga menyebabkan salahfaham dikalangan bangsa-bangsa lain dan membangkitkan permusuhan.

Ia bermula dengan isu membaca doa kepada pemimpin bukan Islam dan diikuti dengan bukan Islam memasuki masjid. Sebarang kenyataan hendaklah berdasarkan praktikal Islam itu sendiri bukan hanya merujuk kepada ahli-ahli fatwa sukh yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Majlis Agama pula sangat suka mengeluarkan fatwa yang samar-samar dan membelakangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Islam membenarkan kita mendoakan pemimpin bukan Islam dengan harapan mereka akan mendekati Islam dan memelukkan agama Islam. Adapun dalil-dalil yang menyokong kebenaran bukan Islam masuk ke dalam masjid ialah Nabi Muhammad SAW mengutus pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsumamah Bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya di salah satu tiang Masjid (Sahih Bukhari, No. 457).Daripada Hadith di atas jelas menunjukkan kebenaran bukan Islam masuk ke dalam Masjid, sekiranya bukan Islam tak boleh masuk ke dalam Masjid maka para sahabat takkan mengikat Tsumamah bin Utsaal di dalam Masjid ataupun Nabi Muhammad akan menghalang mereka untuk membawa masuk Tsumamah Bin Utsaal ke dalam Masjid.
Dalam Hadith yang lain juga dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsuamamah Bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya di salah satu tiang masjid. Lalu Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam (SAW) keluar sambil berkata : “Lepaskan Tsumamah”. Iapun berjalan menuju kebun Kurma yang dekat dengan Masjid dan mandi. Kemudian ia masuk ke dalam Masjid dan berkata : Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul/utusan Allah (Sahih Bukhari- No. 450).

Dimanakah 1Malaysia yang diheboh-hebohkan jika begini sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang jahil ini. MASIH INGAT TAK LAGI UMNO MENGADAKAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN UNTUK KEMENANGAN KAMALNATHAN DALAM PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR BARU-BARU INI? Kenapa tak ada fatwa yang melarang mereka berbuat demikian jika ianya dilarang? BAGAIMANA PULA PELANCONG BUKAN ISLAM YANG MEMASUKI MASJID NEGARA, MASJID PUTRAJAYA ATAU MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN? Apakah ini dibenarkan pula?
Berhati-hatilah dengan isu agama dan perkauman yang dimainkan oleh UMNO kerana kemungkinan akan berulang kembali Operasi lalang akan berlaku jika kita juga menyambut isu agama dan perkauman mereka. Mereka akan menggunakan alasan tersebut untuk kepentingan politik kotor mereka yang sememangnya semakin jijik dan kotor.

Nabi Ishak Dan Israel

Nabi Ishak adalah anak kedua Nabi Ibrahim daripada perkahwinannya dengan Sarah. Dia anak yang soleh. Perkataan Ishak berasal daripada bahasa Ibrani iaitu Yashhak. Ia diistilahkan demikian kerana ibunya tertawa bersendirian apabila mengetahui dia bakal melahirkan anak. Nabi Ishak dilahirkan ketika ibunya berusia 90 tahun manakala bapanya 100 tahun. Ini disebabkan Sarah sebelum itu mandul dan kelahiran Ishak terlalu lama jaraknya dengan kelahiran Ismail. Jadi, tidak hairan Sarah tertawa bersendirian kerana gembira apabila diberitahu malaikat dia bakal melahirkan anak.

Jika keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab Musta’ribah, keturunan Nabi Ishak pula melahirkan Bani Israel. Bermula dengan anaknya, Yaakub, muncul ramai nabi dikalangan Bani Israel. Firman Allah, “Dan Kami jadikan kenabian dan al-Kitab pada keturunannya.”

Ishak adalah seorang yang soleh. Keberkatannya dikhususkan Allah seperti keberkatan bapanya, Nabi Ibrahim. Firman Allah, “Dan Kami beri dia khabar gembira dengan (kelahiran) Isak, seorang nabi yang termasuk orang soleh. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishak dan antara cucunya ada yang berbuat baik dan ada yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.”

Allah menghuraikan kebijaksanaan Ibrahim, anaknya Ishak dan cucunya, Yaakub dalam firmannya, “Dan ingatlah hamba Kami bahawa Ibrahim, Ishak dan Yaakub mempunyai perbuatan besar dan ilmu tinggi. Sesungguhnya Kami menyucikan mereka dengan (menganugerahkan mereka) akhlak tinggi, iaitu sentisa mengingatkan (manusia) kepada akhirat. Dan mereka pada sisi Kami benar-benar termasuk orang pilihan yang paling baik.”

Kenabian Ishak dijelaskan Allah melalui firmanNya yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami memberikan wakyu kepadanya sebagaimana Kami memberikan wahyu kepada Nuh dan Nabi yang kemudiannya. Dan Kami memberikan wahyu kepada Ibrahim, Ismail Ishak, Yaakub dan anak cucunya, Isa, Yunus, Harun Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud.”

Al-Quran tidak menjelaskan mengenai Nabi Ishak secara khusus. Namun, menurut riwayat, pada saat Nabi Ibrahim hampir menemui ajal, Nabi Ishak mahu berkahwin. Namun Nabi Ibrahim tidak mahu Ishak berkahwin dengan wanita Kan’an kerana mereka tidak mengenali Allah. Bapanya kemudian mengutuskan seorang hamba untuk melamar gadis di Hanan (Iraq). Gadis yang dipilih bernama Rifqah binti Bitauel bin Nahur. Nahur adalah saudara Nabi Ibrahim, manakala Rifqah adalah cucu saudaranya.

Genap 10 tahun perkahwinan mereka, Ishak dikurniakan dua anak lelaki, iaitu ‘Iso (dalam bahasa Arab disebut Al-Ish) dan Yaakub. Ishak lebih menyayangi Al-Ish daripada Yaakub kerana berasa tidak senang berikutan Rifqah menyayangi Yaakub. Ishak selalu meminta Al-Ish menghidangkan makanan untuknya, namun pada satu ketika Rifqah meminta Yaakub terlebih dahulu menghidangkan makanan. Kemudian Ishak terus makan dan mendoakan kebaikan untuk Yaakub. Al-Ish yang nampak keadaan itu lantas memarahi Yaakub, lalu mengugut saudaranya.

Rifqah yang melihat kejadian itu meminta kebenaran Ishak untuk menyuruh Yaakub pergi ke rumah saudaranya bernama Laban di kawasan Haron, Iraq. Ia bertujuan supaya Yaakub akhirnya tinggal disana dan berkahwin dengan anak saudaranya. Dia ingin berkahwin dengan anak gadis ibu saudaranya yang bernama Rahil tetapi bapa saudaranya mahu mengahwinkannya dengan Lai’ah, iaitu kakak kepada Rahil. Yaakub berkata, “Saya hanya mahu berkahwin dengan Rahil, puteri pakcik yang lebih cantik berbanding kakaknya.” Bapa saudaranya berkata, “Menurut kebiasaan, kami tidak memperkenankan perkahwinan anak yang lebih muda mendahului kakaknya. Jika kamu mahukan adiknya, kamu perlu bekerja lagi selama tujuh tahun.”

Bagaimanapun, akhirnya Yaakub mengahwini kedua-dua anak bapa saudaranya (syariat yang diizinkan ketika itu). Yaakub tinggal selama 20 tahun bersama ibu dan bapa saudaranya sebelum kembali ke pangkuan keluarganya di Kan’an (Palestin).

Yaakub berasa kepulangan akan dihalang saudaranya, Al-Ish. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, Yaakub mengutuskan anaknya supaya memberi hadiah kepada Al-Ish, sekali gus menggembirakannya. Al-Ish mengosongkan kediamannya kepada Yaakub, manakala dia sendiri berpindah ke gunung Sya’ir. Yaakub terus berada disamping bapanya. Selepas itu Nabi Ishak memberikan tempat tinggal di Habrun kepada Yaakub. Kawasan itu kemudian dipanggil Al-Halil.

Ahli sejarah menjelaskan, nama Yaakub digunakan sebagai perkataan Israel. Isra membawa erti hamba, kesucian, manusia atau muhajir, manakala el bererti Allahy. Jadi, Israel adalah merujuk kepada hamba daripada keturunan Allah. Nabi Ishak yang wafat ketika berusia 180 tahun dikebumikan di Jirun (kini Madinah). Ada juga mengatakan Nabi Ishak disemadikan di al-Mughirah, tempat bapanya dikebumikan.