Monday, March 30, 2009

Buktikan Kuasa Rakyat Dan Jalankan Tanggungjawab Dengan Bijak


Sekali lagi KDN bertindak mengantung penerbitan Harakah akhbar rasmi PAS dan kali ini selama 3 bulan. Penggantungan ini berkebetulan pula dengan Perhimpunan Umno dan juga Pilihan Raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Dan seperti biasa Menteri yang menjaga Hal Elwal Dalam Negeri memberi alasan tanpa bukti atau contoh kesalahan yang menasabah sekadar menyatakan (alasan yang sama setiap kali bertindak) “KDN mendapati Harakah dan Suara Keadilan banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas”
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" (ayat 6 Surah Al-Hujurat)
Harapan yang tinggi diberikan kepada semua pengundi-pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebijak-bijaknya supaya pemimpin-pemimpin UMNO yang korup ini sedar bahawa mereka dipilih rakyat untuk membela rakyat bukan membela poket dan keluarga mereka.
Mari kita sama-sama memboikot Utusan Malaysia dan Berita Harian serta saluran media lain seperti TV3, RTM selama 3 bulan ini!