Thursday, April 16, 2009

Raja Dan Pemimpin Kita


Pada Hang Jebat “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disangah” manakala Hang Tuah pula, “Taat setia hamba pada Sultan melebihi segalanya”. Di bawah adalah sebahagian di antara perbalahan-perbalahan yang berlaku antara Raja dan pemimpin kita. Derhakakah mereka?

(1) Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993, Allahyarham Tun Ghafar Baba telah mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.

(2) Beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai-bagai lagi.

(3) Ahli Parlimen Arau (waktu itu), Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul dan mencedera semenjak dari tahun 1972.

(4) Pada 29 April 1993, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabalkan Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra dan menurut mereka Sultan Ismail Petra bukan waris yang sah.

(5) Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan ke istana untuk menyerahkan memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta dengan dipimpin oleh Tan Sri Mohamed Yaacob.

(6) Demonstrasi menentang perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru, Ahmad Said dan merentang kain rentang menghina Sultan Terengganu oleh ahli UMNO